(gambar)Hasrat bertunang tidak kesampaian,kereta vios dipandu rakan merempuh pokok.

Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya.sedih dan pilumengenangkan salah seorang mangsa yang terkorban bakal bertunang.Mangsa Muhamad Izhuan Kahar, 24, penumpang hadapan kereta jenis Toyata Vios terbabit meninggal dunia ditempat kejadian impak kemalangan dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu.



Turut maut pemandu kereta terbabit Mohd Fazly Reza Mohamed, 30, dalam pada itu teman wanita Izhuan meluahkan rasa sedih nya dilaman sosial.

Amira berkata arwah beria-ria berhenti merokok semata-mata ingin menunaikan janji pada kekasih nya dia sanggup cuba melupakan rokok dan berhasrat untuk bertunang.

Dua lagi penumpang belakang, Muhamad Basri Hamadan, 24, dan Nor Hasyim Abu Bakar, 34, dilaporkan parah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.




Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan KS Mender Singh, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika empat sahabat berkenaan dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Muar.

“Setibanya mereka di lokasi kejadian di kawasan Peserai, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di bahu kiri jalan berkenaan.

“Akibat rempuhan kuat itu, pemandu kereta dan penumpang hadapan maut serta-merta di lokasi kejadian manakala dua penumpang belakang yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.
“Siasatan awal mendapati keempat-empat mangsa adalah sahabat dan bekerja di sebuah cawangan restoran Jepun,” katanya ketika dihubungi.

Mender berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Fauzi Mohd Nor, ketika dihubungi berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Timah Sari bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian apabila menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati pemandu kereta tersepit di dalam kereta berkenaan dan bantuan segera diberikan bagi mengeluarkan mangsa.

Al fatihah buat semua mangsa yang terlibat. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Aamiin..

Pelbagai lagi berita di bawah ------------>>>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.