(Gambar) Dugaan buat keluarga ini di bulan mulia, bayi mereka maut terhentak pada dashboard


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya...pasti bergelingan air mata apabila berada di tempat kejadian. Si ibu memeluk erat anaknya yg terbabit kemalangan.



Bayi perempuan berusia lapan bulan Nur Aira Rayna Muhamad Rafizan maut selepas kenderaan dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran Dusun Panti di Kota Tinggi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian pada 5.10 petang itu mengakibatkan mangsa dari Endau, Mersing maut di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama keluarganya hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Secara kebetulan pada masa sama sebuah Proton Wira dari arah Johor Bahru ke Mersing tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta keluarga mangsa
.
“Mangsa dipercayai meninggal dunia kerana cedera di kepala akibat hentakan pada papan pemuka kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Al fatihah buat anak syurga ini. semoga ayah dan ibu bayi ini tabah akan ujian yang menimpa. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Semoga meraka tabah dan kuat dengan ujian berat ini.
Pelbagai lagi berita di bawah -------->>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.