(gambar)mortosikal dan bas bergesel,seorang gadis maut digilis bas.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya...seorang gadis maut apabila motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah dan dan beliau maut digilis.





Wamasaria Layai, 22, lebih mesra dengan panggilan Wama di kalangan rakan-rakan  merupakan Penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) maut digilis bas, manakala rakannya cedera dalam kemalangan di Jalan USIM berhampiran Dewan Tunku Canselor di Bandar Baru Nilai, hari ini.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Wama yang membonceng motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala penunggang, Nurul Fariza Natasha Sapuan, 22, cedera ringan.

Paling memilukan dia maut digilis Bas milik USIM tempat dirinya menuntut ilmu, Wama berasal dari sandakan sabah dan kini menuntut di Tahun 3 Falkuti Sains dan Teknologi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mereka bergesel dengan bas menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

“Pembonceng terperosok di bawah bas menyebabkannya digilis tayar kenderaan itu. Bagaimanapun, rakannya hanya mengalami luka pada badan.

“Mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan bedah siasat dijangka akan dilakukan jam 10.30 pagi esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Al fatihah buat mangsa. Sama2 kita doakan semoga mangsa ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga juga keluarga arwah tabah dengan dugaan di bulan mulia ini.
Pelbagai lagi berita di bawah --------->>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.