(Gambar) Kegembiraan berjumpa keluarga bakal isteri berubah tragedi abapila beliau maut rentung.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya...kegembiraan seorang pemuda setelah berjumpa dengan keluarga bakal isteri berubah tragedy apabila kereta dipandu merempuh bas.

Iskandar Shahrizal Yusop , 29, rentung apabila Perodua Myvi dipandunya terperosok di bawah bas ekpres lalu terbakar dalam kemalangan di kilometer 14 Jalan Mersing – Endau, dekat Mersing, jam 11.20 malam semalam.




Is dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kulai selepas berjumpa keluarga bakal isterinya di Endau.
Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Mohd Nor Md Isa berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi dari arah Endau menghala ke bandar Mersing dipercayai dalam perjalanan ke Kota Tinggi seorang diri.

Bagaimanapun, katanya, apabila tiba di tempat kejadian yang juga satu selekoh tajam, kereta dipandunya hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Secara kebetulan, sebuah bas ekspres dari Johor Bahru ke Kota Bahru, Kelantan, berada di tempat kejadian dan tidak sempat mengelak.

“Akibatnya, Perodua Myvi itu melanggar bahagian kanan bas berkenaan dan terperosok ke bawah bas.

“Kedua-dua kenderaan terbakar, namun 10 penumpang dan seorang pemandu berjaya menyelamatkan diri, malangnya pemandu Perodua Myvi terbunuh dalam kemalangan itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mangsa yang berasal dari Kulai, dekat sini rentung kerana gagal diselamatkan dan mayatnya hanya boleh dikeluarkan selepas bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran kedua-dua kenderaan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Alias Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.25 malam.

Katanya, sembilan anggota dan sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian selain menerima bantuan seramai 10 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing.
Apabila tiba kami dapati api marak dan Perodua Myvi itu berada di bawah bas berkenaan.
“Kami cuba memadamkan kebakaran namun gagal kerana api terlalu marak dan kejadian berlaku dengan pantas.

“Berikutan itu, kami mengawal kebakaran dan sebaik berjaya memadamkan api kami menemui satu mayat lelaki yang belum dikenali rentung dalam kereta itu,” katanya.

Menurutnya, kesemua 10 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Al fatihah nuat arwah. Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat keluarga arwah, semoga tabah akan ujian yang menimpa.
Pelbagai lagi berita di bawah --------->>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.