(Gambar) Ajalnya di bulan mulia, jururawah maut dihempap kereta lain.


Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya...Seorang jururawah maut di bulan mulia apabila kereta yang dipandunya dihempap oleh kenderaan lain.




Jururawat maut selepas keretanya dihempap kereta lain dipandu lelaki yang terbalik dalam kemalangan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) di Bukit Mertajam, hari ini.

Dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan pada 7.30 pagi itu, mangsa Nur Hidayah Mahmud, 32, beralamat di Pengkalan Hulu, Perak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala mangsa dikatakan di perjalanan bertugas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian berlaku apabila Toyota Vios dipandu lelaki, 44, dipercayai merempuh Toyota Altis di laluan arah ke Kulim.

Menurutnya, akibat itu kereta Toyota Vios berkenaan terbalik sebelum menghempap Perodua Viva dipandu mangsa di laluan menghala Seberang Jaya.

“Kereta dipandu jururawat itu terbabas kira-kira 77 meter ke bahu kiri jalan dan sebuah pacuan empat roda juga merempuh kereta dipandu lelaki berkenaan.

“Anggota bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian pada 7.36 pagi tiba sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit,” katanya.

Menurutnya, pemandu Toyota Vios dan Toyota Altis cedera lalu mendapatkan rawatan di hospital, manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan.

Al fatihah buat arwah. Berat dugaan keluarga apabila kehilangan insan tersayang dikala hari raya semakin hampir. Sama2 kita doakan semoga arwah ditemapatkan di kalangan oarang2 yang beriman.
pelbagai berita lain di bawah -------->>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.