Manifesto Bn, wahhh! Bayaran brim meningkat dari rm1200 ke Rm 2000.




Bn sekali lagi melakukan kejutan ketika pilihanraya semakin hampir,iaitu rakyat yang mendapat BRIM menerima durian runtuh! Kenapa admin cakap macam tue? Yea la, jika bn terus memerintah penerima brim akan menerima rm2000 seperti dijanjikan.



Presiden Umno itu berkata, hal ini dapat dilakukan kerana kewangan negara yang semakin kukuh.
"Disebabkan ekonomi kia semakin baik, dan kedudukan kewangan semakin kukuh, hasil kutipan GST pun bertambah - meski dikutuk pembangkang - maka kerajaan BN dapat berkongsi dengan rakyat," katanya.

Najib menjelaskan bahawa bagi isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3,000 sebulan, yang sudah mendapat agihan BR1M sebanyak RM400 Feb lalu, akan mendapat dua agihan seterusnya pada Jun dan Ogos masing-masing RM800.

"Ini bermakna jumlah keseluruhan pemberian BR1M meningkat dari RM1,200 kepada RM2,000," katanya.

Sementara bagi isi rumah dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, agihan pada Jun dan Ogos itu adalah masing-masing sebanyak RM600 berbanding RM300 sebelum ini.
Bagi golongan muda dengan gaji bulanan di bawah RM2,000 yang sudah menerima RM150 pada Februari lalu, jumlah agihan BR1M seterusnya pada Jun adalah sebanyak RM450.

Najib turut mengumumkan kategori baru penerima BR1M, iaitu bagi isi rumah dengan pendapatan RM4,000 hingga RM5,000 yang sebelum ini tidak layak menerima bantuan.
"Kumpulan ini akan menerima BR1M RM700 yang akan diagihkan dua kali iaitu masing-masing RM350 pada Jun dan Ogos," katanya.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa anak penerima BR1M yang mendaftar kemasukan universiti akan menerima bantuan RM1,500.

Wahhh., pasti semakin pening pengundi di luar sana, apapun bagi admin buatlah pilihan yang bijak ye. Pilih apa yang terbaik buat diri anda . sama ada BN, pkr , pas pasti ada kelebihan tersendiri. Tapi admin kelabu mata juga nie dengar brim meningkat. Pikir2lah sebelum mengundi.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.