Adik qayyum menhembuskan nafas yang terakhir...


Al fatihah buat anak syurga ini. jangan risau sayang,dah janjikan tempat untukmu di sana.berehatlah.
Bapanya Roslizam Mat Hitam 40, berkata, anaknya itu meninggal dunia ketika dia berada di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis pernikahan adiknya.

Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya Herlinda Abdul Rahim 34, memaklumkan mengenai keadaan anaknya.


“Sejurus dimaklumkan isteri mengenai keadaan Muhammad Qayyum, saya segera bergegas pulang. “Setibanya di rumah, isteri memaklumkan Muhammad Qayyum sudah tiada lagi dan perkara itu disahkan pembantu perubatan Klinik Kesihatan Bagan Serai yang hadir ke rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Menurutnya, jenazah anaknya akan disembahyangkan di Masjid Bagan Serai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Jeti.

Roslizam mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang bersimpati dan menyampaikan bantuan kepadanya selepas kisah penderitaan Muhammad Qayyum disiarkan media, semalam.

Beliau yang bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bersama keluarga meminta kerjasama orang ramai khususnya pembaca di laman sosial agar berhenti menyebarkan gambar penderitaan arwah anaknya itu kerana anaknya itu sudah tiada.

Semoga keluarga adik qayyum tabah atas kehilangan-nya.. kita tunaikanlah permintaan keluarga adik qayyum supaya berhentilah menyebar gambarnya ya..
Pelbagai lagi berita di bawah --------->>>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.