Tanggungjawab terakhir seorang bapa, ajal ketika menjemput anaknya pulang...


Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan,jodoh dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.tanggungjawab terakhir seorang bapa buat anak tercinta apabila beliau maut ketika menjemput anaknya pulang dari sekolah.



Turun merasai kesedihan adalah rakan nya Anjang, bapa kepada 4 anak tu baru menerima kelahiran cahaya mata nya yang ke 4 yang kini berusia 3 bulan, anak lahir kedunia ayah pergi selamanya, yang maha esa lebih sayangkan Yun.

Akhbar melaporkan seorang bapa tidak sempat menjemput dua anaknya pulang dari sekolah apabila motosikalnya terlibat dalam kemalangan di Felda Air Tawar 3, di sini semalam.Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, Md. Khairul Khalid, 37, dalam perjalanan ke sekolah berhampiran untuk membawa pulang anaknya yang merupakan murid tahun satu dan lima.

Bagaimanapun, setibanya mangsa di lokasi kemalangan, motosikal Honda Wave ditunggangnya bertembung dengan kereta Proton Saga FL sebelum terjunam ke tebing jalan berdekatan perumahan generasi kedua.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ahsmon Bajah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mang­sa telah menghimpit ke kanan jalan sebelum dirempuh Proton Saga FL yang pada masa itu sedang membelok.

“Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua kenderaan ja­tuh ke dalam tebing jalan sebe­lah kiri setinggi kira-kira 11 meter dan terbalik.

“Kesemua mangsa kemu­diannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pada pukul 3.30 petang pihak HKT mengesahkan penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat kecederaan dalaman ketika mendapatkan rawatan di HKT.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, M. Yuslina Mohd. Basar, 42, berkata, memang menjadi rutin harian mangsa yang bekerja kampung mengambil dua anaknya pulang dari sekolah setiap hari.
Katanya, mangsa yang memiliki empat anak termasuk seorang bayi berusia tiga bulan menetap di rumah ibu mertua­nya di Felda tersebut.

Berat mata kita memandang berat lagi bahu isteri arwah yang memikul.Al fatihah buat arwah. Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat isteri mangsa , semoga puan tabah akan kehilangan insan tersayang.
Pelbagai lagi berita di bawah ====>>>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.