Ibu tak sengaja awfa, meraung si ibu melihat anaknya kaku di dalam kereta.



Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.Sungguh pilu di tempat letak kereta apabila si ibu secara tidak sengaja meninggalkan anaknya di dalam kereta dan akhirnya anaknya meniggalkan mereka sekeluarga selamanya.

Dia yang meraung dan berkali-kali memohon maaf atas kecuaian nya terlupa anak bongsu nya itu sehingga kan anak nya temui ajal.


“Maafkan  ibu… maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” jerit Hasmah Masroh, 32, selepas anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas, hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai tertinggal di dalam kereta selama empat jam di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Batu 3 Port Dickson.

uasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga dan kenalan.Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang hadir untuk memberikan sokongan dan dorongan semangat turut sama mengalirkan air mata.

Sementara itu, bapa mangsa, Muhammad Ali Riduan, 30-an, berkata dia mengetahui mengenai kejadian pada 1.30 tengah hari selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.

“Saya reda dengan ketentuan ini, dan sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya sebak dan enggan mengulas panjang.“Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa… ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi (semalam) Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” kata wanita itu.

Hasmah memberitahu rakannya sebelum kejadian, dia mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkan di tempat duduk belakang kereta Proton Saga miliknya.Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anaknya ada bersama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas empat jam lalu bergegas lari ke kenderaan untuk mendapatkan anaknya.

“Malangnya mangsa sudah tidak sedarkan diri lalu dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan sudah meninggal dunia dan dirujuk ke HPD,” katanya.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau.

Al fatihah buat anak syurga ini. Buat ibu mangsa, semoga tabah menghadapi ujian darinya. Semoga kita sentiasa berwasapada. Jangalah terus menyalahkan ibu mangsa kerana beliau juga tidak ingin perkara sebegini terjadi.. Al fatihah...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.