Baru 2 bulan melangsungkan perkahwinan, pengantin baru ini maut bergesel dengan sebuah treler.


Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan,jodoh dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.Baru sahaja dua bulan mendirikan rumahtangga beliau maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan lori.



Mohd Farizzul Kamal, 29, dan pasangan nya Nasyitah mendirikan rumah tangga mereka kini terpisah selamanya dipisah oleh ajal.

Dalam kejadian itu Farizzul atau lebih mesra dengan panggilan Ijoi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler.
Kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah berhampiran stesen minyak Petronas, Kampung Jawa itu berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi ketika mangsa Ijoi dipercayai dalam perjalanan ke Bayan Baru.

Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa dikatakan terperosok di bahagian bawah lori berkenaan, ijoy yang parah akibat digilis tayar belakang treler terbabit temui ajal ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa yang datang dari arah belakang bergesel dengan tayar belakang sebelah kiri lori terbabit.

“Mangsa yang berasal dari kampung Perlis, Balik Pulau kemudian terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Semoga isteri mangsa tabah atas kehilangan insan tersayang. Baru sahaja mendirikan rumahtangga, pasti beliau amat bersedih atas kehilangan arwah. Sama2 kita mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Al fatihah buat arwah.
PELBAGAI LAGI BERITA DI BAWAH =======>>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.