Terkejut bapanya apabila melihat mangsa kemalangan di bawah mpv adalah anaknya sendiri.



Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.seorang bapa hiba akan anaknya yang maut di bawah mpv di baling kedah.
Motosikal yang di naiki anaknya bersama rakan telah bertembung dengan MPV yang menyebabkan Mail digilis dan terpelosok kebawah MPV terbabit.

Dia yang parah dan nazak di bawah MPV dibawa keluar oleh pihak Bomba dan sempat diriba ayah nya sambil diajar mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.Suasana pilu ditempat kejadian melihat tangisan seorang ayah yang terus tabah kehilangan anak lelaki nya yang maut kemalangan.

Akhbar melaporkan remaja maut manakala rakannya cedera apabila motosikal ditunggang mereka bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Baru Kupang-Gerik, Baling.Dalam kejadian 3 petang itu, Ismail Mohd Zakri, 17, dari Kampung Charok Kangar maut di tempat kejadian apabila terperosok di bawah Toyota Innova.
Manakala rakannya Mohd Taufik Md Tahir, 17, yang membonceng motosikal Yamaha Sport 100 itu cedera apabila melambung ke atas cermin hadapan kereta Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shafiffuddin Yusuf berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal gagal memotong sebuah kenderaan lalu bertembung dengan Toyota Innova dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal terperosok di bawah Toyota Innova dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya melambung sebelum jatuh ke atas cermin hadapan kereta Toyota Vios yang berada di belakang Toyota Innova.
“Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Baling sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya.

 Sementara itu, ayah Allahyarham Ismail, Mohd Zakri Shamsudin berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan tanpa mengetahui ia membabitkan anaknya.

“Ketika keluar ke kedai untuk membeli barangan dapur, saya dimaklumkan ada kemalangan lalu bergegas ke tempat kejadian.
“Saya terkejut apabila mendapati anak saya terbaring di bawah Toyota Innova itu. Saya sempat mengajarnya mengucap beberapa kali sebelum dia meninggal dunia,” katanya.
Al fatihah buat remaja ini. semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga keluar mangsa tabah akan pemergian orang tersayang.
PELBAGAI LAGI BERITA LAIN DI BAWAH------>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.