Papa dan mama beli mia seluar, tapi baju belum lagi, ujur adik mia tanpa mengetahui papa dan mamanya pergi selamanya..



Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.tanpa mengetahui yang papa dan mamanya pergi selamanya adik mia masih kecil.masih tidak mengerti.

,suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Teluk Bharu apabila jenazah yang maut dalam kemalangan di Jalan Bota Kanan – Teluk Intan, tiba disini sekitar jam 7 malam, hari ini.Jenazah Pegawai Khas Adun Sungai Manik, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, bersama isteri, Norhaslina Abdul Razak,27, dan adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24, tiba dari Hospital Changkat Melintang, Bota selepas menjalani bedah siasat.

Suasana bertambah hiba apabila ahli keluarga ketiga-tiga jenazah diberi peluang terakhir melihat wajah arwah termasuk anak kepada Nor Al Zaidin dan Norhaslina, Nur Damia Qistina, 4.Nur Damia yang mesra dipanggil Mia yang masih kecil dilihat tenang menatap muka kedua-dua orang tuanya untuk kali terakhir sambil dipeluk neneknya Nur Hasmah Khalid, 63.

Turut hadir Exco Perak yang juga Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin bersama isteri serta kakitangan Pusat Khidmat Dun Sungai Manik.Terdahulu Nur Damia sempat menceritakan bahawa emak dan ayahnya ada membelikan dia seluar sekolah untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

“Papa dengan mama ada beli Mia seluar sekolah baju belum lagi,” katanya tanpa mengetahui kejadian sebenar menimpa kedua-dua ibu bapanya, ketika ditemui di rumah Nur Hasmah petang tadi.
Ketiga-tiga jenazah selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Teluk Bharu, Teluk Intan pada jam 8 malam, tadi.

Al fatihah buat mangsa. Sama2 kita doakan semoga mangsa ditempatkan di kalnagan orang2 yang beriman. Semoga keluarga mangsa redha akan kehilangan orang tersayang..
PELBAGAI LAGI BERITA DI BAWAH -------->>

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.