Berbalah dengan suami, 3 anak comel ini menjadi mangsa.



Pagi2 semasa admin nak menulis entri ini, adminmengucap panjang. Sering kali kita didedahkan dengan berita sebeginni. Di manakah terletaknya akal pikiran kita sebagai seorang manusia. Kenapa perlu menghukun anak2 kecil yang tak bersalah..terbaru seorang guru memaksa 3 anak comelnya meminum racun sehingga maut.


Dalam kejadian itu, Septyan Parmadani, 33, telah memaksa tiga anaknya berusia 2, 4 dan 6 tahun minum racun serangga yang disediakan dalam plastik.

“Wanita itu dipercayai telah memaksa tiga anaknya membunuh diri dengan minum racun serangga. Ketiga adik beradik itu berada dalam keadaan tidak bernyawa ketika ditemui dan jenazah mereka kini sedang dibedah siasat di Rumah Sakit (hospital) Kasih ibu,” kata sumber polis.
Menurut dua orang saksi kejadian yang juga merupakan ahli keluarga pasangan berkenaan, kejadian itu berlaku pada awal Selasa lalu apabila Septyan dan anak-anaknya telah datang ke rumah adiknya untuk menumpang berteduh selama beberapa hari. Adiknya pada ketika itu tidak mengesyaki apa-apa kerana segalanya seperti biasa sahaja.

Jam 2.30 petang kemudian, suaminya, Putu Mohdiana, datang ke rumah dan mengajak isteri dan tiga orang anaknya itu pulang ke rumah. Tetapi Septyan menolak pelawaan suaminya itu, lapor Merdeka.com.Lebih kurang jam 11 malam pada hari yang sama, adik mangsa sempat bertemu dengan Putu Mohdiana di depan pintu bilik dan apabila ditanya mahu ke mana, katanya dia akan kembali. Ketika itu, kelihatan Septyan sedang menyusui anaknya.

Pada pagi keesokan harinya, ketika adik mangsa mahu mengambil alatan mandian di bilik itu berasa curiga bila mana pintu yang diketuk berkali-kali tidak dibuka, malah tiada jawapan dari dalamnya.
Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, adik mangsa kemudian berusaha membuka tingkap bilik dan alangkah terkejut apabila melihat Septyan dan anak-anaknya sudah terbujur kaku. Di tangan Septyan ketika itu dilihat sedang memegang sebilah pisau dengan kesan luka di pergelangan tangan kiri dan leher kanan dipercayai cuba membunuh diri selepas membunuh tiga anak-anaknya itu.
Adik mangsa segera membuka pintu bilik dan memaklumkan tragedi itu kepada ahli keluarga. Empat anak beranak itu dikejarkan ke hospital. Tiga beradik berkenaan disahkan telah meninggal dunia, manakala ibu mereka masih sempat untuk diselamatkan.

Apa pandangan netizen tentang perkara kejam sebegini. Sebenarnya setiap masalah ada penyeselaian melainkan kita terlalu mengikut nafsu amarah yang menebal di dalam diri. Kenapa masih ada yang sanggup melakukan perkara sebegini pada zaman sekarang...

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.