Baru menyambut ulangtahun pertama perkahwinan, beliau maut meninggalkan isteri hamil 3 bulan.



Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan. Baru sahaja menyambut ulangtahaun pertama bersama isteri tercinta, beliau maut dalam kemalangan meninggalkan isterinya yang sedang hamil 3 bulan.tiga hari lalu isteri nya memuat naik video Anniversary pertama mereka dilaman sosialnya memohon doa agar perkahwinan mereka kekal selama-lamanya.



Tidak disangka suami nya akan pergi buat selamanya maut kemalangan diperjalanan bertugas, kini hanya foto-foto dan video pengubat rindu isteri buat suami tersayang moga Puan Sherra kuat.
Akhbar melaporkan hasrat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pengkalan Kubor, Mohamad Nashriezal Zamree, 27, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di kilometer 23, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Syamsherra yang ditemui di rumah mertuanya di Kampung Sungai Tapang, di sini berkata, dia mengetahui kemalangan yang menimpa arwah suaminya itu selepas dihubungi adik ipar yang berada di Kuantan, Pahang.

Menurutnya, selepas dimaklumkan kemalangan itu dia terus bergegas ke Klinik Kesihatan Pengkalan Kubor, namun suaminya perlu dirujuk ke Hospital Tumpat.

“Ketika di klinik, keadaannya stabil selepas bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) tetapi degupan jantungnya terhenti ketika berada di Hospital Tumpat.“Saya reda apabila doktor memberitahu suami saya sudah tiada dan menerima takdir itu apabila dia meninggalkan saya ketika mengandung anaknya tiga bulan,” katanya.

Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Neting selepas solat Asar, petang tadi.Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalan ke tempat kerja di Pengkalan Kubor maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota.

Al fatihah buat mangsa. Sama 2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat isteri mangsa semoga tabah akan ujian yang menimpa .
Berita Berkaitan :-
Gadis maut setelah skuternya putus dua dirempuh alza
  
(GAMBAR) Pilu di tempat kejadian, kemalangan maut Kepala terputus daribadan.

Meninggal dunia secara tiba-tiba, amira pergi meninggalkan keluargatersayang.


Kehilangan misteri selama 3 hari terjawab, apabila beliau ditemui maut didalam longkang.
 

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.