Kanak2 ditemui rentung ketika masih memeluk erat beg sekolah.



Saya dan pilu di tempat kejadian apabila seorang kanak2 ditemui renting ketika masih memeluk beg sekolah. Sayu memikirkan perasaan keluarga nya.ibunya yang parah setelah masuk semula ke dalam rumah yang terbakar setelah menyedari kanak2 itu tiada di luar..menurut datuknya, “DIA cucu yang rajin dan sangat suka pergi ke sekolah. Malah, dia sangat teruja memasuki Tahun Satu sehinggakan mayatnya ditemui dengan keadaan memeluk erat beg sekolah," kata Mohd Azmi Raji, 51, datuk kepada Siti Halaidah, 7, kanak-kanak yang rentung selepas rumah didiami 10 sekeluarga terbakar di di Kampung Tembongon, Putatan, dekat Penampang, hari ini.
Pada kejadian 3.30 pagi itu, mayat Siti Halaidah ditemui berhampiran dengan pintu keluar tingkat bawah rumahnya.Kebakaran turut memusnahkan tiga lagi rumah bersebelahan dengan kediaman itu.Ibu kanak-kanak itu, Siti Sarta Mohd Azmi, 26, juga melecur 50 peratus pada badannya dan kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) Kota Kinabalu.
Menceritakan kejadian, Mohd Azmi yang juga buruh binaan berkata, dia tersedar daripada tidur selepas terasa bahang panas.Katanya, ketika itu, dia turut terdengar bunyi rekahan kayu yang dimamah api.Menurutnya, sebaik membuka mata, dia melihat api sudah membakar hampir keseluruhan siling tingkat bawah rumahnya.
"Saya segera mengejutkan isteri sebelum naik ke tingkat atas untuk mengarahkan tiga anak serta lima cucu kami untuk segera keluar daripada rumah."Api sudah terlalu besar. Saya terpaksa menahan bahang api yang panas kerana mahu menyiram air di pintu keluar untuk memudahkan anak dan cucu-cucu keluar ke tempat selamat," katanya yang turut melecur di bahagian belakang badan.
Al fatihah buat mangsa. Syurga tempatnya, takziah buat ahli keluarga mangsa. Semoga mereka tabah atas kehilangan insan tersayang.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.