Tidak berpuas hari atas urusniaga bedak, kelar leher rakan sehingga maut.



Berbagai perkara pelik berlaku sejak akhir2 ini. admin pun terkejut baca kisah nie. Hanya kerana bedak , 1 nyawa telah melayang. Fena Selinda Rismawati, yang berasal dari sebuah perkampungan di Jawa Timur, ditemui penduduk kampung dengan kesan kelar di leher dan badan.





Ketika ditemui, Fena yang masih hidup sempat memberitahu saksi dia diserang oleh rakannya.Fena dikejarkan ke hospital berdekatan, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.Laporan media tempatan menyebut suspek Nadia Fegi Madona, 18 tahun, merupakan teman sepermainan Fena sejak kecil.Mereka dikatakan bertelingkah selepas satu urusan jual beli bedak antara kedua-dua mereka, pada Khamis.

Fena yang tidak berpuas hati selepas bedak yang dibeli itu tidak seperti yang ditempah, bersemuka dengan Nadia dan merendahkan kualiti bedak yang dijualnya.Keesokan harinya, suspek membawa mangsa keluar dengan mahu ‘lepak bersama’, namun sebenarnya membawa suspek ke satu kawasan hutan.Satu pergaduhan tercetus dan suspek bertindak mengelar mangsa hingga lehernya hampir putus.Kes ketika ini masih disiasat polis dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
 
Kejam dan amat menyayat hati perbuatan suspek. Bila dilihat dari riak wajah, Nampak seperti tak bersalah. Geram pula admin tengok. Semoga suspek menerima hukuman yang setimpal dari perbuatan nya.

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.