Liverpool cipta rekod beli pemain pertahanan termahal dunia.



Perpindahan pemain sekarang bukan lagi murah. Terbaru Liverpool terpaksa mencipta rekod baru untuk pemain pertahan termahal dunia untuk mendapatkan Virgil van Dijk pada harga dilaporkan sebanyak 75 juta pound sterling (RM409.596 juta).harga yang dibeli Liverpool sama seperti harga yang dibayar Man Utd semesa kelab tu mendapatkan lukaku.

Berikut adalah senarai penuh pembelian pemain dengan rekod dunia:
1. Neymar, Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG), 2017 (200.6 juta pound sterling - RM1.098 bilion)
2. Ousmane Dembele, Borussia Dortmund ke Barcelona, 2017, (96.8 juta pound sterling - RM529.93 juta)
3. Paul Pogba, Juventus ke Manchester United, 2016, (89 juta pound sterling - RM487.23 juta)
4. Gareth Bale, Tottenham Hotspur ke Real Madrid, 2013, (85.3 juta pound sterling - RM466.97 juta)
5. Cristiano Ronaldo, Manchester United ke Real Madrid, 2009, (80 juta pound sterling - RM437.96 juta)
6. Gonzalo Higuain, Napoli ke Juventus, 2016, (75.3 juta pound sterling - RM412.23 juta)
7. Romelu Lukaku, Everton ke Manchester United, 2017, (75 juta pound sterling - RM410.59 juta)
> Virgil van Dijk, Southampton ke Liverpool, 2018 (75 juta pound sterling - RM410.59 juta)
9. Luis Suarez, Liverpool ke Barcelona, 2014, (65 juta pound sterling - RM355.84 juta)
10. James Rodriguez, Monaco ke Real Madrid, 2014, (63 juta pound sterling - RM344.89 juta)

Nota:
* Perpindahan Kylian Mbappe membabitkan nilai 160 juta pound sterling (RM875.92 juta) dari Monaco ke PSG akan diselesaikan pada Jun ini iaitu selepas berakhirnya tempoh pinjaman.

* Perpindahan Neymar pada 2013 daripada Santos ke Barcelona asalnya dilaporkan 48.6 juta pound sterling (RM266.06 juta) tetapi kemudian didedahkan lebih tinggi selepas ia terbabit kes mahkamah. -
Harga seorang pemain sekarang memang agak melambung. Harap2 apa yang dilaburkan Liverpool berbaloi. –AFP-

Catatan popular daripada blog ini

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

(7 Gambar) Keretanya hangus terbakar, sama2 kita doakan ustaz dato dr izhar Cepat sembuh.

Pelakon filem hantu kak limah (yeh sekupang)meninggal dunia

Terbabit kemalangan maut, Luahan tunang undang pilu

(gambar) Empat hari bertarung nyawa,pemilik restoran nasi kukus meninggal dunia.