Catatan

Kisah Wayan Mirna, Dibunuh dengan cara ‘yang tak disangka’ oleh rakan baik sendiri.

Imej
  Siapa Wiyan Mirna(mangsa)   Wayan Mirna Salihin berusia 27 tahun dibesarkan di Jakarta, Indonesia. Mirna mempunyai seorang adik kembar yang dikenali dengan nama Made Sandy Salihin. Memang tidak dapat dinafikan, kedua-dua mereka memiliki wajah yang hampir sama. Mereka berdua merupakan anak kepada pasangan Ni Ketut Sianti dan Edi Darmawan Salihin. Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan dan memiliki beberapa perniagaan di Jakarta. Boleh dikatakan, Mirna dilahirkan dari keluarga yang agak kaya. Menurut sumber, Mirna dikatakan telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan salah satu perniagaan bapanya itu. Wayan Mirna Salihin dan Jessica Kumala Wongso(pembunuh) sudah lama mengenali antara satu sama lain. Malah mereka juga merupakan sahabat baik. Perkenalan mereka bermula semasa masing-masing bergelar pelajar univerisiti di Australia, Namun, setelah menamatkan zaman belajar, Jessica masih menetap di negara berkenaan manakala Wayan Mirna dan teman lelakinya iaitu ­­­

Banduan Paling Ceria Menunggu Kematian Joe Arridy

Imej
  Beliau dilahirkan pada 29 April 1915 merupakan warga Amerika Syarikat.Beliau dijatuhi hukuman mati melalui kaedah 'Gas Chamber' iaitu menggunakan semburan gas beracun sehingga mati. Namun ramai orang percaya bahawa beliau tidak bersalah kerana beliau sejak dilahirkan lagi memang mempunyai masalah mental serta mempunyai tahap rendah IQ hanya 46 (setara dengan tahap pemikiran anak kecil yang berusia 6 tahun) .Beliau ditangkap kerana disabitkan bersalah merogol & membunuh seorang budak perempuan berusia 15 tahun pada tahun 1936. Satu perbicaraan telah diadakan untuk mengesahkan kewarasan Joe, namun peguam Joe tidak berjuang sama sekali berkenaan tahap kesihatan mental Joe yang tidak dapat membezakan yang mana satu fakta dan salah. Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa Joe dihukum mati pada tanggal 6 Januari 1939. Diakhir hayatnya,beliau hanya berhajat makan ais krim.Tetapi beliau tidak sedar bahawa itulah makanan terakhirnya.Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria

Kejam, Dibiarkan mati kebuluran di dalam bilik oleh ibu angkat.

Imej
  Ada lagi manusia sekejam ini di dalam dunia sekarang. Terlalu kejam! Tiada perkataan yang dapat digambarkan betapa siksanya mangsa sebelum mati. satu imej menyayat hati menunjukkan keadaan mayat Natalie Finn, 16, dengan badannya dipenuhi darah dan kesan calar yang dibiarkan kebuluran oleh ibu angkatnya, Nicole Finn.   Terdapat juga imej nota tulisan tangan yang ditulis mangsa berbunyi: “Tidak dapat buka tingkap, ibu memakunya!”Nicole didapati bersalah bulan lalu kerana membunuh dan tiga tuduhan menculik bertujuan mengurung dua beradik Natalie yang lain.Pihak berkuasa berkata, Natalie hanya seberat 38 kilogram apabila dia meninggal dunia pada Oktober 2016. Dia ditemui terbaring di atas lantai rumahnya memakai lampin dewasa. Badannya pula dipenuhi kesan luka dan hampir tiada lemak atau otot, lapor akhbar Des Moines Register.Menurut pakar, dua beradiknya yang lain, Mikayla, 14, dan Jaden, 15, juga berisiko mati kebuluran dan mengambil beberapa bulan untuk sembuh selepas Natali

Dipukul dengan kayu, tali pinggang, kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia

Imej
Kejam dan Manusia syaitan, itulah gelaran yang layak diberi kepada pasangan ini.Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia, minggu lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bahawa kanak-kanak itu dibawa ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 24 Disember sekitar jam 6.20 petang. Katanya, mangsa difahamkan dibawa ibunya ke hospital itu. "Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia dan pemeriksaan pada badan mendapati terdapat kesan lebam pada keseluruhan badannya.   "Susulan itu, pada 25 Disember lalu (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuat tangkapan ke atas dua individu iaitu ibu mangsa berusia 27 tahun serta seorang lelaki dipercayai teman lelaki wanita terbabit," katanya dalam kenyata

'Bang Brahim tolong Aini Bang Brahim" kisahnya semasa akhir hayat,Bakat Yang Tiada Galang Gantinya

Imej
  Kehadapan saudaraku Bujang Lapok... Nama Aini Jasmin memang tidak asing lagi kepada peminat filem-filem Melayu. Dia sangat popular dengan wataknya di dalam filem Pendekar Bujang Lapok (1959) arahan P. Ramlee, walaupun hanya sebagai pelakon pembantu. Aini Jasmin dilahirkan di Batavia (nama asal Jakarta) pada tahun 1927. Sejak berusia belasan tahun dia telah aktif di pentas bangsawan sebagai penari dan pelakon. Rombongan bangsawan yang diikutinya itu telah menjelajah di bandar-bandar besar di kepulauan Sumatera dan Singapura. Setelah perusahaan filem Melayu di Singapura terhenti pada tahun 1973, Aini Jasmin menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya.Filem terakhir beliau adalah  Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk dirinya agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun. Walaupun sudah terlibat lebih 70 buah filem dari 3 buah studio berbeza, namun terhimpit dalam kemasyuran namanya.

Kekejaman seorang anak. Bunuh ibu hannya disebabkan

Imej
  Pada 27 September 2017 pihak polis di Rajkot India telah menerima panggilan kecemasan mengenai 1 kes bunuh diri seorang pesara guru wanita berusia 64 tahun Jayshree Nathwani di sebuah apartment berdekatan Nanavati Chowk. Menurut anak lelaki wanita terbabit Sandeep Nathwani,ibunya ada memberitahu bahawa dia ingin ke  tingkat atas apartment tersebut untuk sembahyang. Jayshree dilaporkan mati serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.  Selepas siasatan dijalankan polis mengklasifikasikan kes sebagai bunuh diri. Sehinggalah 3 bulan kemudian iaitu pada Januari 2018,bilik kawalan polis di Rajkot menerima panggilan dari individu yang tidak dikenali meminta polis untuk siasat semula kes bunuh diri melibatkan mangsa Jayshree Nathwani. Menurut pemanggil yang tidak diketahui namanya itu , Jayshree bukanlah seorang yang mampu berjalan sendiri kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian kepala. Individu itu juga meminta agar polis

Anggota APM maut dirempuh kereta

Imej
  Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Ayat penuh adalah seperti yang berikut: ٱلَّذِينَ إِذَ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوا۟ إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ "(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Nor Hezlina Binti Nazrin merupakan seorang pekerja yang sememangnya rajin, baik dan bersemangat Mohon doa semuanya agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Jika arwah mempunyai salah dan silap yang pernah dilakukan, sukacitanya pihak kami ingin memohon maaf bagi pihak arwah.     Dalam pada itu permergian arw4h mengundang pilu sesiapa yang mengenali arw4h yang disifatkan mereka seorang insan yang sangat baik. Salam Takziah di ucapkan buat keluarge Nor Hezlina Binti Nazrin yg baru meni