Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERITA SAYU

pergimu di bulan mulia,Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Kisah pembunuhan pemandu grab ini mendapat perhatian yang luar biasa dari pihak rakyat malaysia. masakan tidak pemvunuhan berlaku ketika kita di dalam bulan yang amat mulia.  Jenazah Mohd Hanafiee, 27, dimandikan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu sebelum disembahyangkan di tanah perkuburan islam di kampung berkenaan.                                                      arwah dan bakal tunang Kira-kira 150 penduduk termasuk ahli keluarga dan saudara terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kira-kira 7.30 malam. Suasana pilu mengiring pemergian Mohd Hanafiee sebaik selesai solat jenazah bagi membolehkan ahli keluarga menatap wajah arwah. Sementara itu, adik arwah, Nur Ain Jaffar berkata, jenazah arwah dimandikan di HQE Kota Kinabalu dan disembahyangkan di tanah perkuburan itu. “Pada awalnya, kami mahu meny

Pelajar UITM meninggal dunia akibat kanser

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Allahyarham Fildati Amalina Amir Shariffuddin, 19, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sisi ibu, Fartini Sulidjan, 49, dan dua kakak, Nor Amira, 24, dan Siti Nabilah, 22. Bapanya, Amir Shariffuddin, 50, berkata, anak keempat daripada lapan beradik itu sebelum ini mengadu sesak nafas di rumah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam. "Allahyarham kemudian dirujuk di HKL sejak tiga hari lalu dan keadaan kesihatannya bertambah teruk akibat kanser dialaminya. "Kami reda dengan ketentuan Ilahi, apatah lagi Allahyarham dah lama menderita penyakit berkenaan," katanya. Menurutnya, jenazah arwah anaknya itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru jam 10.30 pagi tadi. Nor Amira pula berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian Fildati Amali

Wanita hamil antara yang maut.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa yang maut ialah pemandu dan penumpang Proton Wira Aeroback, iaitu Hafiiz Mohd Ibrahim, 29, dan isterinya, Siti Nur Shahila Asla, 26, yang hamil anak sulung mereka. Dua lagi yang terkorban ialah pemandu kereta Peugeot, Anuar Said, 59, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53. Anak perempuan pasangan itu, Nurul Nadirah, 14, yang dilaporkan patah kedua belah peha dan cedera di muka dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Keempat-empat mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana cedera parah akibat tersepit dalam kenderaan. Semua mereka dikeluarkan daripada kenderaan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Difahamkan ketika kejadian, Hafiiz dan Siti Nur Shahila dalam perjalanan pulang dari Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan, ke kediaman ibu bapa

Tragedi balik raya

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul berkata, dalam kejadian 3.39 petang, 25 pelajar berkenaan menaiki bas awam dari Kuala Klawang menuju ke Seremban. Katanya, sebaik tiba di lokasi, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Xtrail. "Bas yang membawa 25 pelajar terbalik di kaki bukit manakala SUV berkenaan terbalik di tepi jalan. "Akibat kejadian itu seorang pelajar Kolej Vokasional maut dan selebihnya cedera dan parah," katanya. Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, 25 pelajar yang menaiki bas itu adalah dari Kolej Vokasional dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang. Tambahnya, bomba menerima panggilan jam 3.41 petang dan m

Kak bie meninggal dunia di bulan mulia, kereta terjunam ke dalam sungai.

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Dalam nahas kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa, Robeah Samah atau lebih dikenali sebagai kak bie dari Kampung Teluk Acheh di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis Proton Saga FLX yang dalam perjalanan dari Pekan Yan ke Guar Chempedak itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan. “Kereta itu kemudian merempuh sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri sebelum terjunam ke dalam sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kata beliau, jenazah mangsa yang bekerja sendiri itu dibawa ke Hospital Yan untuk dibedah siasat. Tambahnya, keadaan jalan ketika kejadian didapati basah dan licin. “Saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat di balai poli