Catatan

‘LuIuhnya Hati lbu..’ Pelajar MeninggaI Dirempuh Dan Diseret 20 Meter

Imej
Seorang pelajar perempuan terk0rban selepas motosikal yang ditunggang terbabit kemaIangan dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau, dekat Alur Mak Bah, dekat sini, petang semalam. Dalam nhas kira-kira jam 6.30 petang itu, Nurul Zahirah Aqrima Mohamad Yasin, 13, meninggaI dunia di tempat kejadian akibat prah pada kepala dan anggota badan. Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mngsa yang menunggang motosikal dari Kampung Alur Mak Bah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Kah. Mngsa dikatakan keluar dari sebuah simpang tiga di situ dengan secara tiba-tiba sebelum diremp0h pacuan empat roda terbabit lalu menyeret mngsa kira-kira 20 meter. Ibu mngsa, Maizan Yaacob, 47, berkata anaknya itu tidak pernah menunggang motosikal keluar dari kawasan kampungnya. Katanya, Nurul Zahirah meminta izin darinya untuk menunggang motosikal ke kedai berhampiran, kira-kira jam 3 petang. “Saya tunggu lama dia tak balik dan saya dah rasa pelik sebel

‘Tak Sibuk Cari Pengganti’, tapi "sibuk" Cipta Kejayaan Di UK, Ibu Tunggal Hebat

Imej
Luar biasa semangat ibu muda bernama Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee ini. Selepas menunggu dua tahun, selebriti media sosial Farah Lee akhirnya dapat meraikan hari konvokesyen pada sebuah majlis graduasi di University of Leeds, United Kingdom. Menurut Farah, penat lelah dan pengorbanan sejak 2018 menjadi berbaloi apabila dia menggenggam Sarjana (MA) Pendidikan Kanak-Kanak. Lebih bermakna, ramai insan tersayang hadir meraikan kejayaannya. Bukan hanya ibu dan adik-beradik malah kenalan rapat turut meluangkan masa bersama-sama wanita hebat itu. Wanita berusia 30 tahun itu mengakui, kejayaan tersebut bukan satu perjalanan yang mudah untuk dilalui bersama anak perempuannya Maream Esabel apatah lagi menjalani kehidupan di negara asing. Susah senang bersama anak, demi tuntut ilmu “Pada 11.09.2018, seorang ibu tunggal bersama anaknya yang baru berusia empat tahun melangkah keluar dari kapal terbang di tempat asing, meninggalkan semua orang

Jatuh dari ketinggian 1,000 Meter , Gadis muda ini maut payung terjun gagal terbuka

Imej
Seorang gadis berasal dari Perancis maut ketika melakukan aktiviti terjunan udara selepas payung terjun yang digunakan gagal terbuka. Insiden tersebut mengakibatkan gadis tersebut jatuh terhempas dari ketinggian lebih 1,000 meter ke tanah. Memetik laporan Mirror UK, mendiang yang dikenali sebagai Romane Hourcastagnou berusia 23 tahun merupakan penerjun professional malah gadis ini telah melakukan lebih 100 terjunan sebelum ini. Difahamkan, insiden ngeri itu berlaku semasa mangsa bersama 10 orang penerjun berpengalaman yang lain melakukan aktiviti terjunan udara berhampiran kediamannya di Strasbourg. Menurut laporan tempatan, Hourcastagnou dikatakan melompat dari pesawat pada ketinggian 1,000 meter namun ia merupakan terjunan terakhir sebelum maut kerana payung gagal berfungsi dari atas. Terhempas dalam beberapa saat Saksi mendakwa mangsa dikatakan melakukan pergerakan cemas namun tidak berjaya kerana faktor ketinggian dan kelajuan yang sangat pantas menyebabkan mang

Kisah Arthur Labinjo-Hughes

Imej
  Arthur Labinjo-Hughes, 6, ditemui longlai di rumahnya di Cranmore Road, Shirley di Solihull, pada 16 Jun tahun lalu. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Kanak-kanak Birmingham pada keesokan harinya.   Arthur yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya telah didera dan dinafikan haknya sebagai seorang kanak-kanak selama berbulan-bulan. Bahkan menurut media, Arthur hanya diberi garam untuk mengalas perutnya. Tiada makanan mahupun minuman. Arthur juga dipaksa berdiri selama 14 jam dan dihentak kepalanya ke permukaan keras, sehari sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri.    Apa yang paling mengusik jiwa adalah klip audio yang didedahkan di mahkamah. Kedengaran Arthur menangis teresak-esak memanggil bapa saudaranya, "Blake tiada sesiapa yang sayangkan saya...." Selain itu dia turut menyatakan berulang kali "Ayah akan campak saya ke luar tingkap." Juri juga mendengar Arthur menyebut "Tiada sesiapa beri saya makan hari ini."   Saksi menyat

Dibunuh hanya kerana tagih hutang

Imej
  Pada 1 November 2020 sekitar jam 8 malam, Athiqotul Masha atau lebih di kenali sebagai Bunda Maya, 28, telah pulang lebih awal dari masjid berdekatan rumahnya di Cibinong, Bogor. Ketika itu di masjid masih berlangsung majlis maulid Nabi Muhammad SAW. Bunda Maya pulang bersama 2 orang anaknya manakala suaminya, M Kurniawan, masih di masjid kerana tugasnya sebagai pengacara majlis belum selesai. Saat Bunda Maya pulang ke rumah, suami pembantu rumahnya bernama Karyo, 39, telah melihatnya. Rasa sakit hatinya membuak-buak. Dendam perlu dilunaskan. Memang betul dia berhutang Rp1 juta dengan wanita itu dan berjanji mahu membayarnya semula dalam masa seminggu tetapi dia masih belum punya wang.  Tindakan Bunda Maya yang menagih hutang berkali-kali membuatkannya sakit hati dan berdendam. Dendamnya semakin memuncak apabila mengetahui isterinya tahu mengenai hutang tersebut. Malam Bunda Maya pulang ke rumah tanpa suami, Karyo bertindak mengintainya. Selepas kedua-dua anaknya tidur, Bund