Selama 10 tahun menanti zuriat, suami meninggal tak sempat melihat anak yang bakal dilahirkan.
Berat mata kita yang memandang, berat lagi ujian buat sis ini. Admim doakan semoga sis tabah dan semoga semuanya dipermudahkan.Al fatihah buat suaminya Seperti perkongsian seorang wanita cekal dikenali sebagai Laila menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung. Bagaimanapun, wanita ini sekali lagi diuji apabila suaminya pergi buat selama-lamanya tanpa sempat melihat zuriatnya selepas penantian yang begitu lama. Tinggalkan mama bersama zuriat yang bakal lahir bulan 3 nanti. Zuriat yang kita nantikan selama 10 tahun. Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan Allahyarham suaminya begitu gembira selepas mengetahui dirinya mengandung namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda. Sempat buat details dan scan zuriat kita dan bayi itu lelaki. Papa gembira sangat tapi papa tak sempat jumpa bayi kita. Ya Allah tabahkanlah hatiku demi