Catatan

Syurga tempatmu dik.....

Imej
Adik arif menhembuskan nafasnya yang terakhir pada malam semalam.. syurga tempatmu dik.. sama2 kita doakan.. Bapanya, Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33, berkata anak sulungnya itu kembali ke rahmatullah pada 11.40 malam tadi. “Selepas Maghrib, Arif (Mohammad Ariffuddin) menunjukkan perubahan.“Saya memanggil ahli keluarga lain untuk berkumpul dan membaca surah Yasin.“Waktu itu dia minta saya duduk disebelahnya dan memeluknya,” katanya. Menurutnya, selepas itu keadaannya semakin teruk dan sudah tidak mampu untuk bercakap.“Saya minta Arif berehat memandangkan keadaannya yang sangat lemah.“Namun ketika bapa saya cuba mengejut Arif dari tidur dia tidak memberi sebarang reaksi. Kami tahu, Arif sudah pergi dan saya reda,” katanya sebak. Menurutnya, anaknya itu akan dimandi dan disolatkan di rumah bapanya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Cempaka Meru pada kira-kira 10 pagi ini.Dalam masa sama, dia turut menghargai sokongan serta doa orang ramai termasuk penderma

tragedi berdarah di jalanraya.Penunggang Superbike maut.

Imej
Suasana pilu dan sedih di tempat kejadian apabila seorang pemuda penunggang motor berkuasa tinggi maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata nahas kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika sebuah kereta PROTON Saga dipandu pensyarah kolej hendak keluar dari simpang jalan berkenaan. Pada masa sama, katanya, sebuah motosikal jenis Kawasaki Z800 dan penunggangnya tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan kenderaan itu."Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal, Luqman Hakim Mohd Tahir, 27, berasal dari Hutan Melintang, Perak, parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian. "Bagaimanapun, pemandu kereta, seorang lelaki berusia 38 tahun tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Mohd Zani berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan waris mangsa sudah di

Ajal maut ditanduk kerbau.

Imej
Malang menimpa seorang warga emas apabila maut ditanduk oleh kerbaunya sendiri. mangsa Bazarudin Yeop Yahya, 59, meninggal dunia akibat pendarahan teruk di dada dan perut.Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zundin Mahmood, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dan dua rakannya sedang menaikkan kerbau berkenaan ke atas lori untuk dijual kepada pembeli. "Ketika menaikkan kerbau itu, seutas tali didapati longgar dan tiba-tiba haiwan itu mengamuk, lalu menanduk dan memijak badan mangsa.Mangsa maut setelah ditanduk dipijak oleh haiwan itu. "Mangsa yang terbaring di dalam belukar selepas ditanduk, kemudiannya meminta dua rakan serta pembeli kerbau itu menaikkan haiwan itu ke atas lori sebelum dibawa pulang ke rumah," katanya di sini, hari ini. Al fatihah untuk arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Salam takziah buat keluarga arwah.-Berita harian online.

Liverpool cipta rekod beli pemain pertahanan termahal dunia.

Imej
Perpindahan pemain sekarang bukan lagi murah. Terbaru Liverpool terpaksa mencipta rekod baru untuk pemain pertahan termahal dunia untuk mendapatkan Virgil van Dijk pada harga dilaporkan sebanyak 75 juta pound sterling (RM409.596 juta).harga yang dibeli Liverpool sama seperti harga yang dibayar Man Utd semesa kelab tu mendapatkan lukaku. Berikut adalah senarai penuh pembelian pemain dengan rekod dunia: 1. Neymar, Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG), 2017 (200.6 juta pound sterling - RM1.098 bilion) 2. Ousmane Dembele, Borussia Dortmund ke Barcelona, 2017, (96.8 juta pound sterling - RM529.93 juta) 3. Paul Pogba, Juventus ke Manchester United, 2016, (89 juta pound sterling - RM487.23 juta) 4. Gareth Bale, Tottenham Hotspur ke Real Madrid, 2013, (85.3 juta pound sterling - RM466.97 juta) 5. Cristiano Ronaldo, Manchester United ke Real Madrid, 2009, (80 juta pound sterling - RM437.96 juta) 6. Gonzalo Higuain, Napoli ke Juventus, 2016, (75.3 juta pound sterlin

Maut rentung di depan isteri setelah kereta dipandunya terbakar.

Imej
Berat mata kita memandang,berat lagi bahu mereka yang memikul. Itulah yang berlaku. Saya dan pilu di tempat kejadiaan apabila isterinya sendiri melihat suaminya maut renting di dalam kereta yang terbakar di depan matanya sendiri. Mangsa, Muhammad Rusdi Yakob, 29, ditemui anggota bomba dan penyelamat di tempat duduk pemandu sebaik api berjaya dipadamkan. Jurucakap Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.02 pagi daripada orang awam.Katanya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi.“Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota menemui mayat seorang lelaki di tempat pemandu. "Kami dapati tidak ada kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu ketika tiba di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya.Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan isteri Muhammad Rusdi, Salwa Atasha Muhammad, 30 dan anaknya,