Catatan

Kisah Arthur Labinjo-Hughes

Imej
  Arthur Labinjo-Hughes, 6, ditemui longlai di rumahnya di Cranmore Road, Shirley di Solihull, pada 16 Jun tahun lalu. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Kanak-kanak Birmingham pada keesokan harinya.   Arthur yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya telah didera dan dinafikan haknya sebagai seorang kanak-kanak selama berbulan-bulan. Bahkan menurut media, Arthur hanya diberi garam untuk mengalas perutnya. Tiada makanan mahupun minuman. Arthur juga dipaksa berdiri selama 14 jam dan dihentak kepalanya ke permukaan keras, sehari sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri.    Apa yang paling mengusik jiwa adalah klip audio yang didedahkan di mahkamah. Kedengaran Arthur menangis teresak-esak memanggil bapa saudaranya, "Blake tiada sesiapa yang sayangkan saya...." Selain itu dia turut menyatakan berulang kali "Ayah akan campak saya ke luar tingkap." Juri juga mendengar Arthur menyebut "Tiada sesiapa beri saya makan hari ini."   Saksi menyat

Dibunuh hanya kerana tagih hutang

Imej
  Pada 1 November 2020 sekitar jam 8 malam, Athiqotul Masha atau lebih di kenali sebagai Bunda Maya, 28, telah pulang lebih awal dari masjid berdekatan rumahnya di Cibinong, Bogor. Ketika itu di masjid masih berlangsung majlis maulid Nabi Muhammad SAW. Bunda Maya pulang bersama 2 orang anaknya manakala suaminya, M Kurniawan, masih di masjid kerana tugasnya sebagai pengacara majlis belum selesai. Saat Bunda Maya pulang ke rumah, suami pembantu rumahnya bernama Karyo, 39, telah melihatnya. Rasa sakit hatinya membuak-buak. Dendam perlu dilunaskan. Memang betul dia berhutang Rp1 juta dengan wanita itu dan berjanji mahu membayarnya semula dalam masa seminggu tetapi dia masih belum punya wang.  Tindakan Bunda Maya yang menagih hutang berkali-kali membuatkannya sakit hati dan berdendam. Dendamnya semakin memuncak apabila mengetahui isterinya tahu mengenai hutang tersebut. Malam Bunda Maya pulang ke rumah tanpa suami, Karyo bertindak mengintainya. Selepas kedua-dua anaknya tidur, Bund

Bukti Cinta Anak terhadap ibu

Imej
    Bukti Cinta.   Rumini ,27, dan ibunya Salamah, 70, ditemui meninggal dunia dalam keadaan saling berpelukan oleh penyelamat ketika misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa letusan gunung berapi Semeru, Indonesia yang berlaku pada 4 Disember 2021.   Kisah Rumini kemudiannya menjadi viral di media sosial. Ramai yang menitipkan doa atas jasa dan bukti cintanya. Saat gunung Semeru meletus, semua orang bertempiaran menyelamatkan diri. Rumini juga sebenarnya boleh.      Dia boleh lari sekencangnya untuk menyelamatkan diri. Tetapi dia memilih untuk setia di sisi ibunya yang tidak boleh berjalan atas faktor usia. Dia memilih untuk menemani dan memeluk ibunya hingga akhir hayat.   Bagi Imam Syafii, 30, mana mungkin dia dapat melupakan pelukan terakhir isterinya pada malam sebelum kejadian yang dirasakannya berbeza dari kebiasaan. Isterinya juga menitipkan pesan pada malam itu supaya dia menjaga anak mereka dengan baik dan menyayangi si kecik sepenuh hati.  Nota : Ada laporan l

Kasih seorang suami! Tidak Terfikir untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri

Imej
  Berat mata kita yang memandang, berat lagi ujian buat sis ini. Admim doakan semoga sis tabah , sembuh , sihat seperti sediakala dan semoga semuanya dipermudahkan. Kasih seorang suami! Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya," luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin. Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu. Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.   Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali. "Is