Catatan

Setelah koma beratus hari, kini beransur pulih, kisah pasangan ini membuat ramai nitezen sebak.

Imej
kepada yang pernah mengikuti kisah puan ayu pasti pernah mengalirkan air mata apabila membaca luahan beliau sejak hari pertama suaminya koma dan akhirnya. Dengan Kuasa-Nya , suaminya kini telah beransur pulih. difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.  Ramai nitezen memuji akan ketabahan wanita ini. bukan sehari dua dia menjaga suaminya koma, sudah hampir setahun. Hebat dugaan –Nya. Kini pada hari ini jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya. Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat

(GAMBAR) Terseret sejauh 64 meter,pengurus projek maut di LPT2

Imej
Sayu dan pilu di tempat kejadian apabila seorang pengurus projek sebuah syarikat maut di LPT2   ketika dalam perjalan berjumpa rakan kelab motosikal yang disertainya. Dalam nahas kira-kira jam 8.15 pagi itu, Md Sendee @ Zalani Ngah @ Choh, 41, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR yang dinaiki mangsa melanggar lopak air menyebabkan motosikalnya hilang kawalan.Katanya, ekoran itu mangsa terjatuh sebelum terseret sejauh 64 meter ke kiri lebuh raya. “Pasukan paramedik ambulans dari Klinik Kesihatan Kerteh yang menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu segera bergegas ke lokasi namun mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di laluan lurus dan tiada kenderaan lain namun permukaan jalan berkenaan agak licin ekoran cuaca

Mangsa kes ragut dua beradik, meninggal dunia.

Imej
Selepas menderita selama 8 hari koma, mangsa kes ragut menhembuskan nafas yang terakhir hari ini. sayu dan sedih.Maria Erianty Zakaria, 40, menghembuskan nafas terakhir selepas lapan hari tidak sedarkan diri akibat parah di kepala. Dalam kejadian pada 10 Januari lalu itu,mangsa parah selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua beradik lelaki.Mangsa yang tidak sedarkan diri dirawat di Hospital Machang sebelum dirujuk ke HUSM Kubang Kerian. Suaminya, Mohd Zairie Mohamad Zain, 48, berkata, kini jenazah isterinya masih dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.“Selepas jalani pembedahan membuang darah beku di kepala pada 11 Januari lalu, keadaan isteri stabil, cuma tekanan darahnya tidak stabil dan kadang-kala naik mendadak. “Bagaimanapun secara tiba-tiba keadaannya berubah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pagi ini.“Pemergiaannya amat dirasai terutama empat anak namun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi.Menurutnya, jenazah is

hilang selepas diugut bunuh, ibunya berharap supaya anaknya selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Imej
Macam2 yang berlaku di Malaysia kebelakangan ini,Terbaru, seorang gadis hilang setelah memberitahu ibunya bahawa ada lelaki ugut dia kerana mempermainkan perasaan lelaki terbabit. nya, Jamaliah Mohd Sidek, 38, mengakui pelik melihat perubahan anak sulungnya itu, Nur Syafikah Zaki, 15, yang tiba-tiba menjadi muram dan tertekan."Ada sehari tu saya lihat Ika (panggilan Nur Syafikah) muram, saya tanya dia kenapa. "Dia beritahu takut sebab ada orang ugut nak bunuh dia. Dia bimbang kalau ada apa-apa yang buruk berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.Jamaliah berkata, Nur Syafikah kali terakhir dapat dihubungi semalam oleh wanita yang mengambilnya bekerja secara sambilan."Saya cuba telefon Ika tapi tak dapat. Lepas tu majikan dia pula telefon kerana Ika sepatutnya kerja."Ika jawab dan menjerit memanggil namanya sebelum telefon itu dirampas dan dimatikan," katanya. Nur Syafikah tidak lagi bersekolah berikutan kemiskinan dan bekerja

(gambar) Jalan runtuh,pemandu cedera.

Imej
Jarang perkara sebegini berlaku di Malaysia, diharapkan pihak berkaitan dapat memperbaiki jalan berkenaan secepat mungkin memnadangkan itu jalan utama bagi penduduk setempat. Penduduk FELDA Tenggaroh 6 Mohd Kassim Yusoff, 66, berkata laluan yang runtuh itu adalah jalan utama menghubungkan penduduk sekitar Tenggaroh dan Jemaluang ke bandar Mersing. Katanya perjalanan dari Jemaluang ke Mersing hanya mengambil masa 20 minit sahaja sekiranya melalui jalan terbabit. “Memang susah jalan (Jemaluang-Mersing) ini runtuh, kalau jalan sehala yang runtuh dan retak, mungkin boleh digunakan, tetapi kini kedua-dua hala jalan retak dan sebahagian besar runtuh. “Kini kami terpaksa mengikut jalan alternatif iaitu Jalan Jemaluang-Jalan Nitar Utama untuk ke bandar Mersing, sekali gus terpaksa mengambil masa sekali ganda iaitu kira-kira satu jam perjalanan,” katanya di lokasi berkenaan, di sini. Penduduk lain, Lee Ah Chong, 55, berkata, dia berharap pihak berkaitan tidak mengamb