Bukti Cinta Anak terhadap ibu
Bukti Cinta. Rumini ,27, dan ibunya Salamah, 70, ditemui meninggal dunia dalam keadaan saling berpelukan oleh penyelamat ketika misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa letusan gunung berapi Semeru, Indonesia yang berlaku pada 4 Disember 2021. Kisah Rumini kemudiannya menjadi viral di media sosial. Ramai yang menitipkan doa atas jasa dan bukti cintanya. Saat gunung Semeru meletus, semua orang bertempiaran menyelamatkan diri. Rumini juga sebenarnya boleh. Dia boleh lari sekencangnya untuk menyelamatkan diri. Tetapi dia memilih untuk setia di sisi ibunya yang tidak boleh berjalan atas faktor usia. Dia memilih untuk menemani dan memeluk ibunya hingga akhir hayat. Bagi Imam Syafii, 30, mana mungkin dia dapat melupakan pelukan terakhir isterinya pada malam sebelum kejadian yang dirasakannya berbeza dari kebiasaan. Isterinya juga menitipkan pesan pada malam itu supaya dia menjaga anak mereka dengan baik dan menyayangi si kecik sepenuh hati. Nota : Ada laporan l