'Kisah seorang Budak Flat' yang kini adalah hero rakyat malaysia,

Sejak kebelakangan ini nama dan mukanya akan sentiasa muncul di kaca tv. siapakah beliau?
Lahir dari keluarga yang susah dan kehidupan zaman kanak kanaknya bukanlah semewah yang kita sangka. Hari ini, ramai yang mula membuka mata dan memuji kecekalan beliau, siang malam bersama barisan hadapannya melawan musuh halimuman bernama Covid-19.Menyingkap kembali kisah hidupnya, laman web bekas pelajar Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur (MBSKL) pernah membicarakan mengenai Dr Noor Hisham melalui sebuah entri pada tahun 2019.
Melalui perkongsian itu, Dr Noor Hisham digambarkan sebagai seorang yang sentiasa merendah diri sejak di bangku sekolah dan seorang yang aktif dalam sukan olahraga.Kehidupan zaman kanak-kanak Dr Noor Hisham bukanlah semewah yang disangka dan mungkin kekuatannya hari ini terasuh sejak beliau kecil lagi.Laman web bekas pelajar MBSKL itu memaklumkan bahawa beliau dibesarkan di sebuah flat kecil di Kuala Lumpur iaitu Flat Loke Yew oleh seorang ibu tunggal.Malah, ibunya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci dan terpaksa berhempas pulas membesarkannya bersama seorang lagi kakaknya.
“Mereka tinggal di Flat Loke Yew dan dia terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Ibunya juga memberi kebenaran kepada guru untuk merotannya jika perlu,” singkap perkongsian itu.
Ternyata gaya tenang Dr Noor Hisham bukan sahaja disenangi rakyat Malaysia, bahkan kumpulan wartawan yang bertemu mata dengannya dalam sidang media setiap hari.
Dr Noor Hisham tidak pernah sekali pun menunjukkan rasa bosan menjawab soalan yang diajukan para wartawan walaupun soalan itu mungkin mengulangi pertanyaan pada hari sebelumnya.Keperibadian seperti itulah yang digemari pengamal media di Putrajaya dalam memastikan mereka mendapatkan maklumat yang tepat untuk disajikan kepada pembaca.
Biarpun diberi gelaran wira, namun beliau sedikit pun tidak melupakan tenaga kerja bawahnya yang bertungkus lumus berjuang dan berkorban.

Setiap hari Dr Noor Hisham tidak pernah ketinggalan merakamkan penghargaan kepada semua kakitangannya.
Profil mengenai beliau

Nama: Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Tarikh Lahir: 21 April 1963

Tempat Lahir: Sepang, Selangor

Pengalaman:

Ketua Pengarah Kesihatan bermula 1 Mac 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) bermula 29 Januari 2008

Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya bermula 16 Ogos 2002

Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin, Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur bermula 16 Januari 1998

Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998

Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997

Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu bermula 1 Julai 1994

Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur (1990-1994)

Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur bermula 2 Oktober 1989

House Officer, Hospital Universiti Kuala Lumpur bermula 1 Ogos 1988
Tanpa jasa dan pengorbanan semua 'Frontliners', kita tak mungkin boleh hadapi COVID-19 dengan jayanya. sama2 kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan mereka. Aamiin.

Sumber:SH.