Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BERITA VIRAL

Hancur digilis kereta api ETS

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Seorang lelaki maut apabila digilis ETS. Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 21 tahun ditemui dalam keadaan tidak cukup sifat dengan anggota badannya hancur dipercayai dilanggar dan digilis ETS. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata pemandu ETS memaklumkan sudah melanggar sesuatu di lokasi berkenaan sebelum berhenti di Stesen Tasek untuk pemeriksaan dan tidak menemui apa-apa unsur kemalangan. Katanya, pengawal keselamatan yang memeriksa lokasi berkenaan kemudian menemui sebelah tangan manusia dan membuat laporan polis. “Anggota yang tiba di lokasi tangan itu dijumpai kemudian memeriksa sepanjang landasan bermula dari Kilometer 175 hingga 165 dan menemui sebahagian cebisan kaki serta tangan manusia selain satu seluar hitam di tengah landasan, turut ditemui kad pengenalan mangsa.

Pemuda meninggal ketika laungkan azan

Imej
Ajal, pertemuan, maut semua telah ditentukan –Nya.. kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Dialah yang menentukan segalanya. Coretan seorang pemuda menerusi akaun Facebook dikenali sebagai Muhammad Izzan mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan, menjadi tular di media sosial. Muhammad Izzan Idris, 24, ketika dihubungi Sinar Harian berkata, teman rapatnya Allahyarham Amirul Najmie,21, dilaporkan rebah semasa mengalunkan azan kedua solat Jumaat, minggu lalu. Mereka berdua merupakan penuntut Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) dan sedang mengambil cuti kampus. "Saya menuntut Ijazah Sarjana Muda Syariah Kuipsas manakala arwah Amirul Najmie merupakan pelajar Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan di semester lima pengajiannya. Dia juga sering menjadi bilal pelatih di masjid Kuipsas dan kampung halamannya. "Sudah semestinya para jemaah menjadi saksi Amirul Najmie kembali kepada

Kuih ‘sekupang’ viral di kulim

Imej
Kuih sepuluh sen? Biar betui! Inilah yg dijual oleh sepang suami isteri di kulim sepasang suami isteri tidak menyangka keputusan yang diambil untuk menjual cucur dan kuih-muih pada harga 10 sen (sekupang) sebiji mampu merubah kehidupan mereka yang sebelum ini sering berdepan dengan kesempitan kewangan. Nurul Syafini Abd Manap, 35, bersama suaminya Mohd Hasmi Idris, 39, mula menjual pelbagai jenis cucur dan kuih muih bersaiz mini di gerai mereka di Jalan Keranji, di sini sejak dua bulan lalu. “Sebelum ini saya dan suami asyik tak cukup wang, nak bayar sewa rumah, perbelanjaan anak ke sekolah pun tak cukup ketika suami kerja makan gaji sebagai pembantu kedai yang diberi upah antara RM30 hingga RM40 sehari. “Tapi sejak saya dan suami ambil keputusan berniaga cucur sekupang (10 sen), Alhamdulillah rezeki kami tidak putus, sentiasa ada duit, mungkin kerana niat bersedekah kepada pelanggan, walaupun untung kami tidak banyak,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari

Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..?

Imej
1- Mereka yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima. 2- Akulah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula. 3- Akulah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget. 4- Akulah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah

KIta aircond tak sejuk pun dah mengeluh, aku hormat dengan keluarga ini.

Imej
berita ini disampaikan untuk menjadikan iktibar buat kita semua. Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika berada di shell lpt 2 mengahala ke timur jam 1 tengahari ,bila terjumpa 1 keluarga 5 orang menaiki motor...katanya dari felda neram untuk pulang ke rumah di setiu,selepas menzirahi ayahnya sakit jantung..perjalanan 1 hala lebih kurang 230km... 😭 😭 tgk bro... Kita yg naik kete ekon x berapa sejuk da mengeluh...ni kan pulak 1 motor naik 5 orang...tengah hari panas terik ..umur anak antara 2 tahun hingga 11 tahun... Aku pelawa anak dengan bini dia naik kete...hanya no 2 dan no 3 serta ibu yg setuju...kakak yg sulung setia meneman papa menaiki motor.. Walau dari hentian paka hingga susur ajil mereka menumpang...x mampu nk pandang muka anak dia... 😭 😭 😭 - jiwa x kuat nak amik gambar side by side... 😭 😭 Kredit : Ahmad Hafizi Abdullah apapun admin tabik hormat kpada bro.. memang berjiwa mulia. 

(Gambar)Rempuh belakang lori, mangsa menunggang motor R25 maut.

Imej
Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan,jodoh dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.seorang muda maut apabila motosikal yang dinaikinya merempuh belakang sebuah lori. Apa yang berlaku mengudang pilu rakan-rakan sekerjanya ini lah diceritakan oleh mereka sebelum mendapat tahu yang rakan baik mereka kemalangan semasa pulang selepas MC. Harian Metro perkerja farmasi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pintas Rawang dari Templer Park ke Serendah, petang tadi. Dalam kemalangan pada 4.04 petang itu, mangsa Muhammad Fadhil Abdul Rahim, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai gagal mengelak lori yang bergerak perlahan di

sayang selawat sayang, zikir, mengucap”. Itu adalah kali terakhir Nuha......

Imej
Umur bukan penentu ajal seseorang.pertemuan,jodoh dan maut semua di tangan-NYA. Umur hanya angka, apabila ajal menjemput, tiada sapa mampu menghalangnya.kita hanya mampu merancang , takdir DIA yang menentukan.cukup sedih dan berinspirasi dugaan yang diterima oleh pasangan mudah ini. semoga perkongsian ini memberi banyak erti buat kita. pada pagi Jumaat 30 Mac isteri tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Dia melihat sendiri betapa kuatnya sang isteri melawan sakit kanser sehingga nafas yang terakhir. Sebak! Pagi Jumaat 30 March jam 8.53 pg. Dr menjalankan procedure untuk intubate dan sedate Nuha. Nuha bernafas laju drpd jam 10 malam smpai pg. Restless smpai tak boleh tido.”I nak tido…I nak tido… I penat sangat” kata dia. Sebelum diintubate sempat ak pesan kepadanya “sayang selawat sayang, zikir, mengucap”. Itu adalah kali terakhir Nuha dalam keadaan sedar sebelum ditidurkan. Setelah seminggu dimasukkan ke ICU, pagi Jumaat 6 April jam 8.18am nuha menghembuskan nafasnya