Catatan

Wanita dibunuh kejam, diikat, ini kronologi kes mengerikan

Imej
  Kejam, terlalu kejam. itulah yang mampu admin ungkapkan. BUKAN   sahaja dibunuh dengan kejam, wanita yang juga tunang kepada suspek diikat sebelum dicampakkan ke dalam sebuah kolong. Insiden mengerikan tersebut terjadi kepada Sweetha Kusuma Gatra Subardiya yang ditemui mati di bawah jambatan berhampiran Tol Semarang, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini. Lebih menyedihkan, ibu tunggal berusia 32 tahun itu dijumpai orang ramai dengan keadaan sudah membusuk selepas disumbat di dalam sarung dan kakinya terikat. Lapor  Kompas , mangsa yang bekerja sebagai petugas kesihatan dipercayai menjadi mangsa cemburu oleh kekasihnya yang juga suami orang. Sweetha dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta dengan Dony Christiawan Eko Wahyudi yang berusia 31 tahun sejak Oktober 2021 lagi.Pertalian yang rapat itu telah membuatkan si mati percaya kepada suspek untuk menjaga anaknya sejak Februari lalu. Menurut laporan polis, Dony berjanji mahu berjumpa dengan mangsa di tepi jalan sebelum memba

Jatuh dari ketinggian 1,000 Meter , Gadis muda ini maut payung terjun gagal terbuka

Imej
Seorang gadis berasal dari Perancis maut ketika melakukan aktiviti terjunan udara selepas payung terjun yang digunakan gagal terbuka. Insiden tersebut mengakibatkan gadis tersebut jatuh terhempas dari ketinggian lebih 1,000 meter ke tanah. Memetik laporan Mirror UK, mendiang yang dikenali sebagai Romane Hourcastagnou berusia 23 tahun merupakan penerjun professional malah gadis ini telah melakukan lebih 100 terjunan sebelum ini. Difahamkan, insiden ngeri itu berlaku semasa mangsa bersama 10 orang penerjun berpengalaman yang lain melakukan aktiviti terjunan udara berhampiran kediamannya di Strasbourg. Menurut laporan tempatan, Hourcastagnou dikatakan melompat dari pesawat pada ketinggian 1,000 meter namun ia merupakan terjunan terakhir sebelum maut kerana payung gagal berfungsi dari atas. Terhempas dalam beberapa saat Saksi mendakwa mangsa dikatakan melakukan pergerakan cemas namun tidak berjaya kerana faktor ketinggian dan kelajuan yang sangat pantas menyebabkan mang

Kisah Arthur Labinjo-Hughes

Imej
  Arthur Labinjo-Hughes, 6, ditemui longlai di rumahnya di Cranmore Road, Shirley di Solihull, pada 16 Jun tahun lalu. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Kanak-kanak Birmingham pada keesokan harinya.   Arthur yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya telah didera dan dinafikan haknya sebagai seorang kanak-kanak selama berbulan-bulan. Bahkan menurut media, Arthur hanya diberi garam untuk mengalas perutnya. Tiada makanan mahupun minuman. Arthur juga dipaksa berdiri selama 14 jam dan dihentak kepalanya ke permukaan keras, sehari sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri.    Apa yang paling mengusik jiwa adalah klip audio yang didedahkan di mahkamah. Kedengaran Arthur menangis teresak-esak memanggil bapa saudaranya, "Blake tiada sesiapa yang sayangkan saya...." Selain itu dia turut menyatakan berulang kali "Ayah akan campak saya ke luar tingkap." Juri juga mendengar Arthur menyebut "Tiada sesiapa beri saya makan hari ini."   Saksi menyat

Dibunuh hanya kerana tagih hutang

Imej
  Pada 1 November 2020 sekitar jam 8 malam, Athiqotul Masha atau lebih di kenali sebagai Bunda Maya, 28, telah pulang lebih awal dari masjid berdekatan rumahnya di Cibinong, Bogor. Ketika itu di masjid masih berlangsung majlis maulid Nabi Muhammad SAW. Bunda Maya pulang bersama 2 orang anaknya manakala suaminya, M Kurniawan, masih di masjid kerana tugasnya sebagai pengacara majlis belum selesai. Saat Bunda Maya pulang ke rumah, suami pembantu rumahnya bernama Karyo, 39, telah melihatnya. Rasa sakit hatinya membuak-buak. Dendam perlu dilunaskan. Memang betul dia berhutang Rp1 juta dengan wanita itu dan berjanji mahu membayarnya semula dalam masa seminggu tetapi dia masih belum punya wang.  Tindakan Bunda Maya yang menagih hutang berkali-kali membuatkannya sakit hati dan berdendam. Dendamnya semakin memuncak apabila mengetahui isterinya tahu mengenai hutang tersebut. Malam Bunda Maya pulang ke rumah tanpa suami, Karyo bertindak mengintainya. Selepas kedua-dua anaknya tidur, Bund