Selegram Cut Intan Nabila dibelasah suami.


Selegram(selebriti instagram) Cut Intan Nabila dibelasah suaminya  Armor Toreador
ketika bertengkar di bilik tidur.

Lebih parah lagi bayi mereka yang sedang tidur di atas tilam nyaris dipijak si suami semasa membelasah isterinya bertubi-tubi. Intan cuba melawan namun tidak berdaya.

Intan mendakwa, kekerasan rumah tangga bukan sekali ini berlaku malah banyak kali cuma kali ini Intan sudah tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya. 


Menerusi rakaman video CCTV di bilik tidur mereka memaparkan pada awalnya kedua pasangan suami isteri ini sedang bersembang dan bayi mereka sedang tidur di atas tilam yang sama.

Tiba-tiba berlaku pertengkaran antara mereka membuatkan si suami hilang sabar dan terus memukul Intan berkali-kali,  ketika ini si suami nyaris pijak bayi mereka membuatkan Intan bangun cuba melawan kembali namun tidak berdaya melawan kudrat lelaki. 

Suaminya didakwa curang dengan perempuan lain menjadi punca pertengkaran. Kedua pasangan suami isteri ini sudah menikah selama 5 tahun dan dikurniakan 3 cahayamata. 

Walaupun selama ini berkali-kali Intan dipukul namun Intan tetap bertahan demi anak-anaknya tetapi kali ini tahap kesabarannya sudah habis apa lagi anaknya yang masih bayi hampir menjadi mangsa keganasan suaminya. 

"Ada puluhan video lain yang saya simpan sebagai bukti. 5 tahun sudah berumah tangga banyak nama wanita mewarnai rumah tangga saya, beberapa bahkan teman saya," - katanya

Ulasan