Jatuh dari ketinggian 1,000 Meter , Gadis muda ini maut payung terjun gagal terbuka
Seorang gadis berasal dari Perancis maut ketika melakukan aktiviti terjunan udara selepas payung terjun yang digunakan gagal terbuka. Insiden tersebut mengakibatkan gadis tersebut jatuh terhempas dari ketinggian lebih 1,000 meter ke tanah. Memetik laporan Mirror UK, mendiang yang dikenali sebagai Romane Hourcastagnou berusia 23 tahun merupakan penerjun professional malah gadis ini telah melakukan lebih 100 terjunan sebelum ini. Difahamkan, insiden ngeri itu berlaku semasa mangsa bersama 10 orang penerjun berpengalaman yang lain melakukan aktiviti terjunan udara berhampiran kediamannya di Strasbourg. Menurut laporan tempatan, Hourcastagnou dikatakan melompat dari pesawat pada ketinggian 1,000 meter namun ia merupakan terjunan terakhir sebelum maut kerana payung gagal berfungsi dari atas. Terhempas dalam beberapa saat Saksi mendakwa mangsa dikatakan melakukan pergerakan cemas namun tidak berjaya kerana faktor ketinggian dan kelajuan yang sangat pantas menyebabkan mang